Monday 17 December 2012

Bukan Rindu

Assalamualaikum..
sekarang ni cenonet tengah berhempas pulas sangat kat library terchinta nih..
kat mana lagi kalau bukan di Tg. Malim..
cenonet sampai hari jumaat lepas..
then, check in kat kolej KHAR..
sehari RM4 jer..
tak lah mahal sangat kan..
tak der bajet sebenarnya..haha

okeyh.. motif utama cik cenonet balik TM ni bukan la sebab rindu..
TAPI..
sebab TESIS..!!
adoii.. encik TESIS yang sering menjadi igauan ngeri cik cenonet..
kalau diberi pilihan..
katakan TAK NAK kepada TESIS..Haha
tapi.. 
apakan daya.. TESIS syarat wajib utk cik cenonet boleh KONVO nt..
nak tak nak kena la buat kan..

Erm.. penat nak fikir sebenarnya..
nak menaip lagi la malas..
pemalas betol cik cenonet ni kan..
btw..
GOOD LUCK utk kawan2 cik cenonet..
terutamanya..
budak2 PENGAJIAN MALAYSIA..
BEST OF LUCK GUYS..
aja aja FIGHTING..
PEACE!!

OKEYH..bye..


Thursday 25 October 2012

aku terima nikahnya

What?! 
owner blog nih dah jadi bini orang kew??
jeng jeng jeng

NO LA!!
actually, my frenz IS & NORNABILA just married 
on 16th September 2012
alhamdulillah..
dengan sekali lafaz kalau tak silap aku la..
dah sah diorang jadi husband & wife..
even sekali jer jumpe..
diorang bagai dipinang dibelah dua..
sweet!
wife die pon comel..
mcm owner blog nih jugak..hehe..

rombongan encix IS da sampai bersama jentera NAKAJIMA!

segak macam pahlawan Melaka encix IS a.k.a mempelai..hehe
 
bergambar bersama family NAKAJIMA!

alhamdulillah, termeterai sudah ikatan cinta mereka berdua dengan sebuah ikatan yang suci dan halal..
semoga korang berbahagia hingga akhirnya..
dan moga dapat baby yg comel cm owner blog nih..hihi..

p/s : hanya tiga perkataan yang sering ditunggu-tunggu oleh seorang wanita.
^ aku terima nikahnya^

Saturday 2 June 2012

TAHAP KESERIUSAN LELAKI?

 TANDA-TANDA LELAKI SERIUS DALAM BERCINTA

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

p/s: sy sayang encik sepet!

Monday 21 May 2012

WARKAHKU UNTUK KALIAN



Assalamualaikum semua, 

Entry kali ni aku nak cerita tentang keluarga aku, keluarga yang kat atas ni adalah keluarga UKLK yg sangat aku sayang. UKLK stand for Unit Kediaman Luar Kampus. Aku harap entry dapat menjawab segala teka teki korang semua. Aku sedar yang aku sebenarnya tidak sepenuhnya berada dalam hati korang semua. Dengan sikap aku yang sukar utk didekati tu mungkin menambahkan lagi jurang antara kita. Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada Dr. Sam dan semua felo atas tunjuk ajar dan segala pengorbanan. belanja makan, hantarkan balik rumah dan segalanyalah. Kat sini, aku nak minta maaf sangat-sangat kat korang semua. Terutama sekali kepada pihak MT, Sayuti, Naim, Zaza,Hakimah dan Aini. Aku mungkin dah banyak menyusahkan kalian semua especialy Hakimah, partner aku sendiri. Insyaallah, segala yang korang berlima nasihatkan tu aku akan sematkan kat dalam ingatan aku. Maafkan aku atas semua salah silap dan ketelanjuran aku terhadap korang berlima. Aku sayang sangat kat korang walaupun mungkin aku tak pernah tunjuk rasa sayang tu tapi percayalah yang aku sayang sangat ukhwah antara kita berenam.

Untuk JMK yang lain, mirah, ieda, amal, fiza, izan, salme, mastura, ros, yaya, athirah, syira, ajun, din, rashid, hafiz, zul, ansar,  wani, nadia, oib, angah, jojo, arep, zura, memy. Aku minta maaf sangat-sangat atas segala kesilapan aku sepanjang setahun bersama korang semua dalam keluarga UKLK ni. Aku dah banyak bagi masalah pada korang semua. Aku tahu susah untuk korang dekati aku. Tapi pada hakikatnya korang tak pernah jauh dari hati aku. Segala salah faham antara kita, aku harap korang maafkan. Aku terlalu sayangkan korang. Aku nak korang tahu yang korang is the best! Keluarga yang mungkin aku tak akan dapat lagi kat mana-mana. Aku gembira bila tengok korang gelak ketawa. Aku pasti akan merindui semua tu.
Dah setahun kita bersama, tak sangka jarak masa tu semakin dekat untuk kita dipaksa berpisah. Agak berat rasanya untuk kehilangan sebuah keluarga ni. Aku takut untuk hadapi hari tersebut. Sangat takut. Ketakutan tu membuatkan aku mengalirkan air mata saat aku menulis warkah ni untuk korang semua. Aku cuba untuk tahan air mata ni. Tapi bila mengenangkan bagaimana persepsi sebenar korang semua terhadap aku, aku tak dapat nak tahan lagi air mata ni dari mengalir. Aku pasti dah terlambat untuk aku kembali memperbetulkan segalanya tapi hanya kemaafan yang aku pinta dari korang semua. MAAFKAN AKU SAHABAT...

Segala memori yang tercipta antara kita semua, dari EXACT sehinggalah Pelantikan JMK baru yang akan berlangsung nanti akan aku sematkan dalam ingatan aku. Insyaallah selamanya akan berada di ingatan. Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih pada korang semua atas tunjuk ajar. Ibarat kata ansar, dari zero to oreo.. dan semestinya aku nak minta maaf pada korang semua, especialy hakimah. Zaza, terima kasih atas semua makanan yang sangat sedap, minta dihalalkan. Akhir kata, aku maafkan segala kesilapan korang even korang tak ada wat salah pon pada aku selama ni. Semoga ikatan suci yang terjalin ni akan kekal selamanya. Wallahualam...





ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi..

p/s: luahan ikhlas dariku..jangan lupakan aku yer sahabat..

Saturday 12 May 2012

tiap hari HARI IBU!


SELAMAT HARI IBU!
special for my mom... MESLEHA.. :)
terima kasih mak untuk segalanya.. terima kasih kerana telah mengandungkan saya..
membesarkan saya.. menjaga keperluan saya dari kecik smpai la sekarang..
menjaga saya bila saya sakit..
melayan kerenah saya dan adik-adik..
saya tahu sememangnya kami sangatlah degil..
terima kasih kerana menjadi emak saya..
ya ALLAH, berikanlah ibuku syurgaMU..
saya tahu.. walaupun saya longgokkan duit setinggi mana pun dihadapan emak..tetap tidak mampu untuk membalas jasanya kepada kami adik beradik..
jika saya diberi kesempatan untuk merasa menjadi seorang emak suatu hari kelak..
saya ingin menjadi seperti emak saya...
saya sayang emak saya!!

~kami sayang emak kami~


sayang mereka sangat!!

Tuesday 1 May 2012

3 temujanji jer taw!


okeyh! aku terpikat dengan cerita nih.. sweet sgt2 dan bg pengajaran yg mendalam pd pasangan kekasih kt luar cne.. kebanyakan feedback yg aku tgk, sume ckp cerita ni mmg menyerupai realiti kehidupan dlm bercinta.. dan pada aku pulak cerita ni ade istimewa yg tersendiri.. 
kisah kita mengejar insan yg langsung x de hati pd kita.. kisah perasaan bila ditolak.. kisah bila kita baru sedar yg sebenarnya kita syg kan seseorang 2 tp semuanya da terlambat.. semua 2 realiti kan.. honestly, aku meleleh bila tgk cerita ni..haha.. mybe kisah2 ni semua pnh terjadi pd diri aku.. 2 yg touching lbh 2.. tp x pe la.. what goes around will comes around.. hidup tanpa duka x kan berseri hidup kita.. betol kan??

3 TEMUJANJI is the best!!

p/s:
sudi tak awak menjadi temujanji sy utk selamanya?
 

Thursday 26 April 2012

main masak-masak jom!

sekadar hiasan!

sedapnyer lah kan bubur nih.. akhirnya, berjaya jugak housemate aku memasaknya..lalala.. sememangnya sedap giler... cuma x dpt nk letak daun pandan jer... yelar kan, mane la nk dpt daun pandan kt cini..tersangatlah susah... tapi takpelah kan... asalkan sesedap rasa...haha..

bahan-bahan yg diperlukan:

jagung,santan,gula,sagu,air,garam

so, ape lg...jom masak-masak..lalala...
tata..

Sunday 15 April 2012

cahaya mataku ena & adam

Alhamdulillah... syukur padaMU ya Allah s.w.t, tahun ni aku telah dikurniakan seramai empat orang cahaya mata... bukan zuriatku tapi zuriat cousin-cousin aku sebenarnya.. bersyukur sangat.. bertambah ahli keluargaku..dan yg paling penting bertambah umat nabi Muhammad s.a.w.. aku bersyukur, 3 daripadanya telah selamat dilahirkan.. seorang lagi masih menunggu hari... insyaallah, dalam masa yang terdekat ni baby akan menjengah ke dunia ciptaan yang terindah ini.. tak sabar rasanya menunggu kelahiran si dia...hehe..

 baby Nor Elena Melisa
*little conet*
*pelapis Nora Elena*

baby Mohd Adam Haris
*penangan ombak rindu*

p/s: baby yg ketiga x de gmbr la..maaf yer... 

so, macam mne?? comel x cahaya mataku nih... ena & adam, ingt pesan aunty k syg.. bila da besar nt jadilah anak yg soleh & solehah yer.. yg membanggakan ibu dan ayah kamu.. love kamu sgt2...

Friday 23 March 2012

kosong

Untuk apa cemburu kalau dalam hati kosong..

Untuk apa cemburu kalau tahu tidak miliki kelayakan itu..

Untuk apa cemburu kalau hanya memberi tapi tidak menerima..

Untuk apa semua ini jika hatinya tiada kamu..

Sedarlah dari tidurmu…

Bangunlah hadapi alam yang nyata..

Buanglah mimpi ngerimu itu dari terus menghantui..

Buanglah.. sedarlah.. bangunlah…

Wednesday 21 March 2012

21 means to you



NURASHIKIN DAHALAN


ya Rabbi, kurniakanlah sahabatku ini ketabahan dalam mengecapi kejayaan hidupnya..
sinarilah hidupnya dengan cahaya redhaMU..
kurniakanlah untuknya jodoh yang terbaik..
hindarkanlah ia dari kesedihan..



Our friendship is the pillar of foundation in my life
Thanks for supporting me all the time..

SHIKIN >< ME





Friday 16 March 2012

some quotes for all















sharing is caring kan...heee.. ni sebahagian dr minat aku dlm editing.. hope nice to u..







Wednesday 22 February 2012

pesanan kamu untukku

you are the beat of my heart,
you are the blood in my vein,
you are the life of my body,
you are the spirit of my soul,
you have given me a hope,
you are truly the love of my life honey!!


p/s: lovely words from him & forever i will keep it..

Sunday 19 February 2012

sumpah!

sumpah! aku rindukan kenangan itu..kenangan aku dan dia...andai aku mampu ubah segalanya...
sometimes we need a love but sometimes love need us..but why? becoz.. the word "we & us" only "I & U"... LOVE between I & U is completely each other.. I LOVE U!!


Saturday 11 February 2012

need it


Nothing gonna change my feeling to you dear. Always you inside me. Always you can touch this heart. I felt empty when you are not around. Please dear, keep close to me. You always the soul that I need. Just you dear!

SJ FOREVER

Friday 10 February 2012

berubah itu kebahagiaan


Okeyh! Kau boleh buat jadi aku pun boleh buat jugak!! Ayat ni selalu kita dengar kan? Biasanya ayat ni akan menjelma difikiran kita bila ada sesuatu yang kita tidak puas hati dengan seseorang. Contohnya dalam situasi pelajar yang bersaing dalam pelajaran. Bila kawan kita dapat result yang jauh lebih baik dari kita, mulalah kita akan berfikiran macam ni kan? Sebenarnya, ada baik nya kita berfikiran macam ni? Kenapa? Sebabnya.. kita akan jadi lebih positif dan lebih bersemangat untuk mendapat yang lebih baik daripada result exam yang kita dapat tu. Bila kita dah bersemangat tu mestilah kita akan berusaha kearah itu kan? Yezzaa.. semangat ni la yang kita nak dalam diri seorang pelajar.

TAPi !! dalam bercinta, seharusnya kita tak perlu ada fikiran macam ni bila ada jer masalah yang muncul. Contohnya dalam situasi pasangan kita curang atau sebagainya. Serta merta kita akan terlintas kat fikiran yang “ dia boleh buat macam tu jadi aku jugak boleh buat macam mana yang dia buat pada aku”. Kadang-kadang, kita akan berfikir lebih teruk dari tu. Haish.. semestinya harus kita buang jauh-jauh pemikiran macam ni. Sebaiknya, kita perlu tanya diri kita mengapa dia sanggup berbuat sedemikian. Jika tidak ada angin masakan pokok akan bergoyang kan. Mungkin semua yang si dia lakukan itu adalah kerana kesilapan diri kita sendiri. Mungkin, si dia merasakan yang kita tidak seperti yang dia inginkan. Layanan kita padanya. Kesetiaan kita padanya. Keseriusan kita terhadap hubungan tu. So, ask yourself for the reason. Segala jawapan ada dalam diri kita sebenarnya. Cuma kita jer yang terlalu ego sehinggakan ego kita tu melebihi dari kasih sayang kita padanya. Aku tahu tidak mudah untuk kita mengaku kesilapan kita sendiri kan tapi sekurang-kurangnya cubalah untuk berubah. Change is happiness. Yer! Berubah itu kebahagiaan!! The reason is back to you.. aku akan jadi lebih baik antara yang terbaik! Keep this words forever…


SJ FOREVER  

Thursday 9 February 2012

kamu yang terindah


Aku hanya mampu berserah atas apa yang terjadi kini. Sungguh aku tak mampu hadapinya. Apa yang hanya aku mampu, bersabar dan menunggu. Aku tidak mudah untuk melupakan insan yang bertakhta di dalam hati aku hingga kini. Mencintai dirinya seadanya adalah saat yang paling indah yang pernah aku alami. Amat mustahil bagi aku untuk melupakan kenangan indah ini. Mencintainya adalah perkara yang terindah apatah lagi saat waktu kami bersama mencipta memori. Tetap tersemat di hati ini. Aku sering bertanya pada diriku yang kadang kala ingin melupakannya. Mengapa harus melupakannya? Apa kesalahannya sehingga dihukum untuk melupakannya? Ya, aku tahu yang tidak sepatutnya aku melupakannya. Tiada kesalahan yang dibuatnya dan harus dihukum seberat ini. Siapa diri aku untuk terus melupakannya. Kata orang, semakin kita cuba untuk melupakan seseorang itu, semakin kuat ingatan kita terhadapnya. Ya, begitulah apa yang aku rasa di saat ini. Sejujurnya, aku tidak mampu untuk melupakan dirinya sungguhpun tiada aku lagi di hatinya saat ini. Apa yang pasti, perasaan aku padanya hanya akan tetap begitu di hati aku. Selamanya. Tiada lagi yang mampu singgah di lubuk hati ini. Tetap begitu dan hanya akan begitu selamanya. Andai sahaja hati ini mampu dilihat olehnya. Mungkinkah akan terlihat olehnya segenap ruang ini dipenuhi dengan bayangannya yang menghiasi hari-hariku. Segala kekuranganku akan aku perbaiki. Dengan setiap saat indah kami bersama itulah yang mampu membuat aku tersenyum kini. Disebabkan kenangan itu juga aku akan terus tersenyum sungguhpun pahit. Akan tetap selamanya begitu. Aku selalu menunggumu.


SJ FOREVER

Thursday 2 February 2012

‎"Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia " - Ustaz Azhar Idrus


Sangat tertarik dengan status yang ditulis oleh RAKAN FB aku.. personally, memang sekarang nih aku dilanda masalah dalam percintaan..hurm.. sometimes, terfikir layakkah aku untuk dapat cinta dari dia..mungkin layak dan mungkin tidak layak.. tapi, aku tahu.. hanya ALLAH s.w.t sahaja yang tahu sama ada aku layak atau pun tidak.. aku hanya mencurahkan sepenuh rasa cinta nih pada dia.. now, sudah sampai masanya untuk aku menyerahkan segala-galanya pada dia sama ada untuk menghargai cinta nih atau pun tidak.. all in your hand dear...


SJ FOREVER

Tuesday 31 January 2012

pengalaman mendewasakan


Pengalaman yang sangat berharga apabila berada di HOMESTAY KG. LONEK, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.
jom preview few of pics yg sempat aku snap..hehe! 
*biar gambar yang berbicara*













SJ FOREVER


Wednesday 11 January 2012

selamat hari lahir izan


Assalamualaikum,
Entry kali ni aku buat khas untuk adek aku yang paling kecik kat dalam rumah 12-1-A TAMAN BAHTERA ni.. hari ni dah genap usianya mencecah 22 tahun..wah.. selamat hari lahir cayang… semoga berbahagia di samping keluarga tersayang, dimurahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat..insyaallah.. yang paling penting skali, do the best for exam tomorrow keyh.. chaiyookk..!!

Sekadar perkongsian doa di hari lahirmu,

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.

SJ FOREVER

Saturday 7 January 2012

sifat wanita sebenarnya


Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di 
saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya. 

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .

*artikel HAWA dijadikan ketika nabi ADAM sedang tidur*


SJ FOREVER

kau selamanya by heliza helmi

Aku amat sayang kamu


Dari dulu hingga kini



Tak berubah ku terlena keranamu


Walau apa pun terjadi

Aku setia menyanyangi

Diri kamu kan berada di hatiku


Kau insan teristimewa

Dulu kini selamanya

Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu

Sama-sama mencintai

Oh indahnya cinta ini bersamamu


Terimalah diriku seadanya sederhana

Ku berserah kepadamu Ya Ilahi

Kau insan teristimewa

Dulu kini selamanya

Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu

Sama-sama mencintai

Oh indahnya cinta ini bersamamu


Kau insan teristimewa

Dulu kini selamanya

Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu

Sama-sama mencintai

Oh indahnya cinta ini bersamamu


Kau insan teristimewa

Dulu kini selamanya

Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu

Sama-sama mencintai

Oh indahnya cinta ini bersamamu



Lagu yang heliza nyanyi ni sangat2 menyentuh kalbu..sekaligus memberi gambaran tentang bagaimana perasaan aku terhadap dirinya..jeng3.. jauh dilubuk hati aku yang aku tak mampu untuk hadapi kehilangannya..CINTA yang dianugerahkan ni ternyata lebih manis daripada CINTA yang dicari.. percayalah, CINTA yang dicari tak kan kekal lama tapi CINTA ANUGERAH, insyaallah CINTA yang sejati kekal abadi J






SJ FOREVER