Thursday, 3 January 2013

Tahniah MNOC..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. sekarang ni kita dah pun berada dalam tahun 2013..
meningkat setahun usia kita..
cik cenonet harap tahun ini menjadi tahun yang sangat bermakna
dalam hidup cik cenonet dan awak-awak semua..
okeyh!
entry pertama untuk tahun 2013 kali ni cik cenonet nak cerita tentang
jeng..jeng..jeng..

ni haa..
credit to boy mitsubishi

NAKAJIMA
penah nampak tak lambang ni?
sesiapa yang ada Facebook cik cenonet mesti penah nampak..
selalu jugak la cik cenonet dok sebut-sebut nama ni..
first,
cik cenonet nak bagitau..
Nakajima nih salah satu club kereta yang ada di JB..
so far, semakin maju..
Alhamdulillah..

tapi, 
kali ni cik cenonet nak cerita pasal team ni akhirnya berjaya 
memuatkan diri dalam satu majalah untuk event yang telah diorang jayakan
iaitu
Konvoi Riadah ke Gunung Lumat,Kluang Johor..

ni haa
credit to iddi

bagi lelaki-lelaki yang memang minat dlm dunia permotoran
mesti tau kan..hehe..
dapatkannya dengan segera!
cehh..promote pulak..

 ni haa..
credit to panjang
antara isi kandungan MAJALAH GILA KERETA
keluaran bulan 1 
kalau tak silap cik cenonet larhh..
antara yang sempat di snap :

 NAKAJIMA JB,BP,SIMPANG RENGGAM,
KLUANG

Jentera-Jentera Nakajima

bergerak pulang..

So,
cik cenonet nak ucapkan TAHNIAH
untuk team NAKAJIMA..
u olls mmg terbaik!
Luaskan kuasamu...
cewwahhh..
semoga hubungan persahabatan kalian kekal hendaknya..
amin..
wasalam..jumpa lagi..


Cik Cenonet


 


Monday, 17 December 2012

Bukan Rindu

Assalamualaikum..
sekarang ni cenonet tengah berhempas pulas sangat kat library terchinta nih..
kat mana lagi kalau bukan di Tg. Malim..
cenonet sampai hari jumaat lepas..
then, check in kat kolej KHAR..
sehari RM4 jer..
tak lah mahal sangat kan..
tak der bajet sebenarnya..haha

okeyh.. motif utama cik cenonet balik TM ni bukan la sebab rindu..
TAPI..
sebab TESIS..!!
adoii.. encik TESIS yang sering menjadi igauan ngeri cik cenonet..
kalau diberi pilihan..
katakan TAK NAK kepada TESIS..Haha
tapi.. 
apakan daya.. TESIS syarat wajib utk cik cenonet boleh KONVO nt..
nak tak nak kena la buat kan..

Erm.. penat nak fikir sebenarnya..
nak menaip lagi la malas..
pemalas betol cik cenonet ni kan..
btw..
GOOD LUCK utk kawan2 cik cenonet..
terutamanya..
budak2 PENGAJIAN MALAYSIA..
BEST OF LUCK GUYS..
aja aja FIGHTING..
PEACE!!

OKEYH..bye..


Thursday, 25 October 2012

aku terima nikahnya

What?! 
owner blog nih dah jadi bini orang kew??
jeng jeng jeng

NO LA!!
actually, my frenz IS & NORNABILA just married 
on 16th September 2012
alhamdulillah..
dengan sekali lafaz kalau tak silap aku la..
dah sah diorang jadi husband & wife..
even sekali jer jumpe..
diorang bagai dipinang dibelah dua..
sweet!
wife die pon comel..
mcm owner blog nih jugak..hehe..

rombongan encix IS da sampai bersama jentera NAKAJIMA!

segak macam pahlawan Melaka encix IS a.k.a mempelai..hehe
 
bergambar bersama family NAKAJIMA!

alhamdulillah, termeterai sudah ikatan cinta mereka berdua dengan sebuah ikatan yang suci dan halal..
semoga korang berbahagia hingga akhirnya..
dan moga dapat baby yg comel cm owner blog nih..hihi..

p/s : hanya tiga perkataan yang sering ditunggu-tunggu oleh seorang wanita.
^ aku terima nikahnya^

Saturday, 2 June 2012

TAHAP KESERIUSAN LELAKI?

 TANDA-TANDA LELAKI SERIUS DALAM BERCINTA

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

p/s: sy sayang encik sepet!

Monday, 21 May 2012

WARKAHKU UNTUK KALIAN



Assalamualaikum semua, 

Entry kali ni aku nak cerita tentang keluarga aku, keluarga yang kat atas ni adalah keluarga UKLK yg sangat aku sayang. UKLK stand for Unit Kediaman Luar Kampus. Aku harap entry dapat menjawab segala teka teki korang semua. Aku sedar yang aku sebenarnya tidak sepenuhnya berada dalam hati korang semua. Dengan sikap aku yang sukar utk didekati tu mungkin menambahkan lagi jurang antara kita. Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada Dr. Sam dan semua felo atas tunjuk ajar dan segala pengorbanan. belanja makan, hantarkan balik rumah dan segalanyalah. Kat sini, aku nak minta maaf sangat-sangat kat korang semua. Terutama sekali kepada pihak MT, Sayuti, Naim, Zaza,Hakimah dan Aini. Aku mungkin dah banyak menyusahkan kalian semua especialy Hakimah, partner aku sendiri. Insyaallah, segala yang korang berlima nasihatkan tu aku akan sematkan kat dalam ingatan aku. Maafkan aku atas semua salah silap dan ketelanjuran aku terhadap korang berlima. Aku sayang sangat kat korang walaupun mungkin aku tak pernah tunjuk rasa sayang tu tapi percayalah yang aku sayang sangat ukhwah antara kita berenam.

Untuk JMK yang lain, mirah, ieda, amal, fiza, izan, salme, mastura, ros, yaya, athirah, syira, ajun, din, rashid, hafiz, zul, ansar,  wani, nadia, oib, angah, jojo, arep, zura, memy. Aku minta maaf sangat-sangat atas segala kesilapan aku sepanjang setahun bersama korang semua dalam keluarga UKLK ni. Aku dah banyak bagi masalah pada korang semua. Aku tahu susah untuk korang dekati aku. Tapi pada hakikatnya korang tak pernah jauh dari hati aku. Segala salah faham antara kita, aku harap korang maafkan. Aku terlalu sayangkan korang. Aku nak korang tahu yang korang is the best! Keluarga yang mungkin aku tak akan dapat lagi kat mana-mana. Aku gembira bila tengok korang gelak ketawa. Aku pasti akan merindui semua tu.
Dah setahun kita bersama, tak sangka jarak masa tu semakin dekat untuk kita dipaksa berpisah. Agak berat rasanya untuk kehilangan sebuah keluarga ni. Aku takut untuk hadapi hari tersebut. Sangat takut. Ketakutan tu membuatkan aku mengalirkan air mata saat aku menulis warkah ni untuk korang semua. Aku cuba untuk tahan air mata ni. Tapi bila mengenangkan bagaimana persepsi sebenar korang semua terhadap aku, aku tak dapat nak tahan lagi air mata ni dari mengalir. Aku pasti dah terlambat untuk aku kembali memperbetulkan segalanya tapi hanya kemaafan yang aku pinta dari korang semua. MAAFKAN AKU SAHABAT...

Segala memori yang tercipta antara kita semua, dari EXACT sehinggalah Pelantikan JMK baru yang akan berlangsung nanti akan aku sematkan dalam ingatan aku. Insyaallah selamanya akan berada di ingatan. Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih pada korang semua atas tunjuk ajar. Ibarat kata ansar, dari zero to oreo.. dan semestinya aku nak minta maaf pada korang semua, especialy hakimah. Zaza, terima kasih atas semua makanan yang sangat sedap, minta dihalalkan. Akhir kata, aku maafkan segala kesilapan korang even korang tak ada wat salah pon pada aku selama ni. Semoga ikatan suci yang terjalin ni akan kekal selamanya. Wallahualam...





ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi..

p/s: luahan ikhlas dariku..jangan lupakan aku yer sahabat..