Monday, 21 May 2012

WARKAHKU UNTUK KALIAN



Assalamualaikum semua, 

Entry kali ni aku nak cerita tentang keluarga aku, keluarga yang kat atas ni adalah keluarga UKLK yg sangat aku sayang. UKLK stand for Unit Kediaman Luar Kampus. Aku harap entry dapat menjawab segala teka teki korang semua. Aku sedar yang aku sebenarnya tidak sepenuhnya berada dalam hati korang semua. Dengan sikap aku yang sukar utk didekati tu mungkin menambahkan lagi jurang antara kita. Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada Dr. Sam dan semua felo atas tunjuk ajar dan segala pengorbanan. belanja makan, hantarkan balik rumah dan segalanyalah. Kat sini, aku nak minta maaf sangat-sangat kat korang semua. Terutama sekali kepada pihak MT, Sayuti, Naim, Zaza,Hakimah dan Aini. Aku mungkin dah banyak menyusahkan kalian semua especialy Hakimah, partner aku sendiri. Insyaallah, segala yang korang berlima nasihatkan tu aku akan sematkan kat dalam ingatan aku. Maafkan aku atas semua salah silap dan ketelanjuran aku terhadap korang berlima. Aku sayang sangat kat korang walaupun mungkin aku tak pernah tunjuk rasa sayang tu tapi percayalah yang aku sayang sangat ukhwah antara kita berenam.

Untuk JMK yang lain, mirah, ieda, amal, fiza, izan, salme, mastura, ros, yaya, athirah, syira, ajun, din, rashid, hafiz, zul, ansar,  wani, nadia, oib, angah, jojo, arep, zura, memy. Aku minta maaf sangat-sangat atas segala kesilapan aku sepanjang setahun bersama korang semua dalam keluarga UKLK ni. Aku dah banyak bagi masalah pada korang semua. Aku tahu susah untuk korang dekati aku. Tapi pada hakikatnya korang tak pernah jauh dari hati aku. Segala salah faham antara kita, aku harap korang maafkan. Aku terlalu sayangkan korang. Aku nak korang tahu yang korang is the best! Keluarga yang mungkin aku tak akan dapat lagi kat mana-mana. Aku gembira bila tengok korang gelak ketawa. Aku pasti akan merindui semua tu.
Dah setahun kita bersama, tak sangka jarak masa tu semakin dekat untuk kita dipaksa berpisah. Agak berat rasanya untuk kehilangan sebuah keluarga ni. Aku takut untuk hadapi hari tersebut. Sangat takut. Ketakutan tu membuatkan aku mengalirkan air mata saat aku menulis warkah ni untuk korang semua. Aku cuba untuk tahan air mata ni. Tapi bila mengenangkan bagaimana persepsi sebenar korang semua terhadap aku, aku tak dapat nak tahan lagi air mata ni dari mengalir. Aku pasti dah terlambat untuk aku kembali memperbetulkan segalanya tapi hanya kemaafan yang aku pinta dari korang semua. MAAFKAN AKU SAHABAT...

Segala memori yang tercipta antara kita semua, dari EXACT sehinggalah Pelantikan JMK baru yang akan berlangsung nanti akan aku sematkan dalam ingatan aku. Insyaallah selamanya akan berada di ingatan. Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih pada korang semua atas tunjuk ajar. Ibarat kata ansar, dari zero to oreo.. dan semestinya aku nak minta maaf pada korang semua, especialy hakimah. Zaza, terima kasih atas semua makanan yang sangat sedap, minta dihalalkan. Akhir kata, aku maafkan segala kesilapan korang even korang tak ada wat salah pon pada aku selama ni. Semoga ikatan suci yang terjalin ni akan kekal selamanya. Wallahualam...





ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
igatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi..

p/s: luahan ikhlas dariku..jangan lupakan aku yer sahabat..