Okeyh! Kau boleh buat jadi aku pun boleh buat jugak!! Ayat ni selalu kita dengar kan? Biasanya ayat ni akan menjelma difikiran kita bila ada sesuatu yang kita tidak puas hati dengan seseorang. Contohnya dalam situasi pelajar yang bersaing dalam pelajaran. Bila kawan kita dapat result yang jauh lebih baik dari kita, mulalah kita akan berfikiran macam ni kan? Sebenarnya, ada baik nya kita berfikiran macam ni? Kenapa? Sebabnya.. kita akan jadi lebih positif dan lebih bersemangat untuk mendapat yang lebih baik daripada result exam yang kita dapat tu. Bila kita dah bersemangat tu mestilah kita akan berusaha kearah itu kan? Yezzaa.. semangat ni la yang kita nak dalam diri seorang pelajar.
TAPi !! dalam bercinta, seharusnya kita tak perlu ada fikiran macam ni bila ada jer masalah yang muncul. Contohnya dalam situasi pasangan kita curang atau sebagainya. Serta merta kita akan terlintas kat fikiran yang “ dia boleh buat macam tu jadi aku jugak boleh buat macam mana yang dia buat pada aku”. Kadang-kadang, kita akan berfikir lebih teruk dari tu. Haish.. semestinya harus kita buang jauh-jauh pemikiran macam ni. Sebaiknya, kita perlu tanya diri kita mengapa dia sanggup berbuat sedemikian. Jika tidak ada angin masakan pokok akan bergoyang kan. Mungkin semua yang si dia lakukan itu adalah kerana kesilapan diri kita sendiri. Mungkin, si dia merasakan yang kita tidak seperti yang dia inginkan. Layanan kita padanya. Kesetiaan kita padanya. Keseriusan kita terhadap hubungan tu. So, ask yourself for the reason. Segala jawapan ada dalam diri kita sebenarnya. Cuma kita jer yang terlalu ego sehinggakan ego kita tu melebihi dari kasih sayang kita padanya. Aku tahu tidak mudah untuk kita mengaku kesilapan kita sendiri kan tapi sekurang-kurangnya cubalah untuk berubah. Change is happiness. Yer! Berubah itu kebahagiaan!! The reason is back to you.. aku akan jadi lebih baik antara yang terbaik! Keep this words forever…
SJ FOREVER
No comments:
Post a Comment